Monday, August 22, 2022

KEMBALI

Dah lama tak menulis. Kadang-kadang terlupa sebenarnya IPY satu ketika dulu suka menulis. Malah, siap buat cerpen. 

Sejak tragedi hitam 2018, IPY mula mencari diri sendiri. Menangis bertahun meratapi yang pergi. Tp Allah tu maha adil, sesuatu yang ditakdirkan bersebab.

Kini, IPY yang menulis pada saat ini, bukanlah yang dahulu.

IPY kini semakin matang dek pengalaman.

Meskipun hati IPY dah hancur lumat tp IPY bangkit meskipun sukar.

Allah hadirkan sahabat dan keluarga yang saling menyokong. Kuatnya seorang wanita yang bernama IPY disebabkan adanya tunjang persahabatan dan kekeluargaan yang utuh.

Anak-anak penguat semangat. Tanggungjawab wajib dilaksanakan. Bergalaskan semua amanah ini, IPY akan terus melangkah. IPY bukan perempuan murahan! dan IPY takkan meletakkan diri setaraf dengan wanita itu.. Namun IPY bukanlah malaikat.. pepandaila nanti mencari IPY di padang Mahsyar ya. 

ya dosa kita dengan Allah, Allah ampunkan tp dosa dengan manusia?

Maaf, IPY tk mampu maafkan! hanya Allah tempat mengadu dan sabar itu terus dipohon. Moga Allah sahaja yang memberi pengajaran dan balasan. 

#tintaku22Ogos2022

Monday, December 31, 2018

Tahun Baru Azam Baru Hidup Baru

2018 meninggalkan terlalu banyak cerita. 

Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambaNya. HambaNya yang sebenarnya menzalimi dirinya sendiri. Sesungguhnya, 2018 memberi banyak impak dalam kehidupanku. Terlalu banyak yang mematangkan diri dan mengubah cara pandangan hidupku. Perspektif kehidupan semakin luas dan cara pandanganku semakin berbeza sematang usiaku.

Hakikatnya, hidup ini adalah pinjamanNya. Aku beryukur kepadaNya dan aku ingin hidup sebaik mungkin. Dengan kata yang lain, aku ingin hargai sekeliling hatta tumbuhan dan haiwan pun. KPIKu, "Jadikan hidup dengan lebih bermakna"

Mat Salleh kata "life is too short for regret"

Bagi aku .. Nope Life is never too short.. it's just begun. Selepas dunia ini, ingatkan ada lagi kehidupan di sana yang lebih abadi..yakni, kehidupan selepas mati..

Kita bukan sekadar hidup di dunia. Kita juga akan hidup di akhirat. Cukupkah bekal kita di dunia yang fana yang ini? Siapa yang akan menemani kita di sana nanti?

Andai kata ada sayang .. biarlah "sayang-sayang"ini akan menemani hidup kita di sana jua.

Perhubungan hingga ke Jannah! itu harapanku..

Tinta IPY
1.1.19

Thursday, August 30, 2018

ERTI MERDEKA

Erti Merdeka bukan sekadar bangsa dan negara tetapi minda dan kehidupan yang membentuk jati diri...

Merdekalah kita dari diri kita sendiri yang penuh kekhilafan dan lemah emosi...

Merdekalah kita dari zaman kegelapan dan beraraklah kita ke arah cahaya dalam kehidupan...

Titiplah dalam hati untuk merdeka dalam erti kata sebenar..

Selebihnya, bersyukur dan dipanjatkan doa kepada ilahi agar dipermudahkan urusan...

ISIF 30.8.2018

Saturday, July 28, 2018

i'm back


Each day and night
When i put my head on my pillow, covered by your shirt
I try to tell myself
Everything is just fine
We have gone through our life together in 15 years 
This storm may be end
But shall i wait or shall i left

Then i remembered that i already promised to myself and now i'm telling myself again and again, 

"Nothing feel better that i love you"

ISIF29718

Thursday, October 17, 2013

CSR

17 Oktober 2013, seramai enam peserta DPA 1/2013 telah berjaya melaksanakan CSR di Rumah Kanak-Kanak Rembau, Negeri Sembilan.

Saat kaki melangkah masuk, hati diserbu rasa sayu. Penghuni rumah tersebut adalah berusia 12-17 thn. Semua perempuan...penghuni adalah mangsa rogol, penderaan dan mangsa yang masih di bawah sebutan kes mahkamah...majoriti org melayu kita..jumlah penghuni setakat semalam adalah 87 orang..Kami disambut dengan penuh rasa gembira. CSR kami di sebalah pagi hingga tengah hari hanyalah melukis mural di dewan makan. Saat jari jemari menconteng mural, penghuni rumah tersebut menyapa kami dengan mesra.Hari menginjak petang, CSR diteruskan dengan aktiviti j-robik, aerobik dan sukaneka. Penghuni dibahagikan kepada enam kump kecil. kegembiraan terserlah di air muka masing-masing. Pergilah duka! Adik adik masih muda lagi...kami menutup CSR kami dengan sedikit motivasi...semoga esok lebih ceria utk adik adik.. akak doakan adik adik bertabah di muka bumi yang fana ini. Hidup mesti diteruskan! Insyallah..tepat pukul 5.30 petang, kami bergerak pulang dengan seribu satu keinsafan dan kesyukuran.

"kakak..cantiknya kakak lukis. Utk kami ya...kakak duduk sini berapa hari...sukanya akak datang."
Tangan kami disalami dan pipi kami dicium mesra..betapa seronoknya budak budak nih melihat mural...walaupun tidaklah secantik mana tetapi kegembiraan mereka sudah cukup menunjukkan CSR kami dihargai..Lebihan cat kami tinggalkan utk sekolah. Penyelia sekolah kata nak sambung mural kami ke blok sebelah pulak..Same corak..alhamdulillah!!

* gambar tidak dapat disiarkan memandangkan ianya tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak.



Sunday, October 6, 2013

Rindunya kat Kamu!!

DPA memang menguji kesabaran!


Masa cepatla berlalu agar diri ini dapat kembali bersama Keluarga! Ibu sayanggggg semua!!!






English Night!


Berakhir sudah keempat-empat English Night DPA 1/2013 Ikhwas...

Great Moments,Great Friends and Great Costume!

Some pic to share.. :)


English Night Sidang B - Parody!


English Night Sidang C - 60'S

 English Night Sidang A - Horror

English Night Sidang D (my Sidang) - Romance