Monday, August 22, 2022

KEMBALI

Dah lama tak menulis. Kadang-kadang terlupa sebenarnya IPY satu ketika dulu suka menulis. Malah, siap buat cerpen. 

Sejak tragedi hitam 2018, IPY mula mencari diri sendiri. Menangis bertahun meratapi yang pergi. Tp Allah tu maha adil, sesuatu yang ditakdirkan bersebab.

Kini, IPY yang menulis pada saat ini, bukanlah yang dahulu.

IPY kini semakin matang dek pengalaman.

Meskipun hati IPY dah hancur lumat tp IPY bangkit meskipun sukar.

Allah hadirkan sahabat dan keluarga yang saling menyokong. Kuatnya seorang wanita yang bernama IPY disebabkan adanya tunjang persahabatan dan kekeluargaan yang utuh.

Anak-anak penguat semangat. Tanggungjawab wajib dilaksanakan. Bergalaskan semua amanah ini, IPY akan terus melangkah. IPY bukan perempuan murahan! dan IPY takkan meletakkan diri setaraf dengan wanita itu.. Namun IPY bukanlah malaikat.. pepandaila nanti mencari IPY di padang Mahsyar ya. 

ya dosa kita dengan Allah, Allah ampunkan tp dosa dengan manusia?

Maaf, IPY tk mampu maafkan! hanya Allah tempat mengadu dan sabar itu terus dipohon. Moga Allah sahaja yang memberi pengajaran dan balasan. 

#tintaku22Ogos2022

No comments:

Post a Comment