17 Oktober 2013, seramai enam peserta DPA 1/2013 telah berjaya melaksanakan CSR di Rumah Kanak-Kanak Rembau, Negeri Sembilan.
Saat kaki melangkah masuk, hati diserbu rasa sayu. Penghuni rumah tersebut adalah berusia 12-17 thn. Semua perempuan...penghuni adalah mangsa rogol, penderaan dan mangsa yang masih di bawah sebutan kes mahkamah...majoriti org melayu kita..jumlah penghuni setakat semalam adalah 87 orang..Kami disambut dengan penuh rasa gembira. CSR kami di sebalah pagi hingga tengah hari hanyalah melukis mural di dewan makan. Saat jari jemari menconteng mural, penghuni rumah tersebut menyapa kami dengan mesra.Hari menginjak petang, CSR diteruskan dengan aktiviti j-robik, aerobik dan sukaneka. Penghuni dibahagikan kepada enam kump kecil. kegembiraan terserlah di air muka masing-masing. Pergilah duka! Adik adik masih muda lagi...kami menutup CSR kami dengan sedikit motivasi...semoga esok lebih ceria utk adik adik.. akak doakan adik adik bertabah di muka bumi yang fana ini. Hidup mesti diteruskan! Insyallah..tepat pukul 5.30 petang, kami bergerak pulang dengan seribu satu keinsafan dan kesyukuran.
"kakak..cantiknya kakak lukis. Utk kami ya...kakak duduk sini berapa hari...sukanya akak datang."
Tangan kami disalami dan pipi kami dicium mesra..betapa seronoknya budak budak nih melihat mural...walaupun tidaklah secantik mana tetapi kegembiraan mereka sudah cukup menunjukkan CSR kami dihargai..Lebihan cat kami tinggalkan utk sekolah. Penyelia sekolah kata nak sambung mural kami ke blok sebelah pulak..Same corak..alhamdulillah!!
* gambar tidak dapat disiarkan memandangkan ianya tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak.
No comments:
Post a Comment