Monday, December 31, 2018

Tahun Baru Azam Baru Hidup Baru

2018 meninggalkan terlalu banyak cerita. 

Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambaNya. HambaNya yang sebenarnya menzalimi dirinya sendiri. Sesungguhnya, 2018 memberi banyak impak dalam kehidupanku. Terlalu banyak yang mematangkan diri dan mengubah cara pandangan hidupku. Perspektif kehidupan semakin luas dan cara pandanganku semakin berbeza sematang usiaku.

Hakikatnya, hidup ini adalah pinjamanNya. Aku beryukur kepadaNya dan aku ingin hidup sebaik mungkin. Dengan kata yang lain, aku ingin hargai sekeliling hatta tumbuhan dan haiwan pun. KPIKu, "Jadikan hidup dengan lebih bermakna"

Mat Salleh kata "life is too short for regret"

Bagi aku .. Nope Life is never too short.. it's just begun. Selepas dunia ini, ingatkan ada lagi kehidupan di sana yang lebih abadi..yakni, kehidupan selepas mati..

Kita bukan sekadar hidup di dunia. Kita juga akan hidup di akhirat. Cukupkah bekal kita di dunia yang fana yang ini? Siapa yang akan menemani kita di sana nanti?

Andai kata ada sayang .. biarlah "sayang-sayang"ini akan menemani hidup kita di sana jua.

Perhubungan hingga ke Jannah! itu harapanku..

Tinta IPY
1.1.19

No comments:

Post a Comment