Monday, December 27, 2010

kawan atau lawan atau sekadar kenalan

A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are.

sejuk hati bila baca quote ni.. tp hakikatnya tak semua yg kita kenal itu adalah kawan...tp hanyalah sekadar kenalan.

seorang kenalan tidak akan peduli apa yg dirasa oleh kenalan yg lain..pedulik hapa..tak ada kaitan hidup dan mati...mcm tuh laa gaya bahasanya..


tp..


seorang kawan akan sentiasa menyokong walau apapun...


aku?...kadang-kadang aku tertanya adakah aku seorang kawan atau seorang kenalan?


aku taknak hitung apa org buat pasal diri aku tp aku nak hitung adakah aku seorang manusia yg baik...


harapnya ya...


kalau suka, katakan suka dan kalau tak suka katakan tidak..jgn diri tersua-sua ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong..


kadang-kadang aku selalu tertanya "Can i be “just friends” with someone  then get hit with a wave of chemistry"

harapnya ya...

aku seorang sangat peramah.. terover peramah...sesiapa yg kenal akan kata yes..itulah aku..

ada yg kata itu adalah bagus dan tak kurang yang kata aku poyo..

jauh di sudut hati aku...i just want to be nice..tp yalaakan hakikatnya aku tak boleh puaskan hati semua org tp aku nak jugak .. sekali lagi nakkkkkkkkk jugak puaskan hati org..

huhuhu..aku sangat poyo kan..


siapa aku?...seorang yg gila-gila...takla...aku dikatakan serius...


seorang yang perasa?..a'ah..ask my husband aku seoarang yg cepat merajuk...hahahah (dengan dia jerlaa)


seorang yg sensitif.. mungkin sebab tuh aku cepat terasa..


buruk...sangat buruk punya perangai..jd..hari-hari aku menitip doa..

"ya Allah jauhkanlaa sifat buruk dari diri ini dan kurniakanla diri dengan sifat yg baik"


amin..aku aminkan doa ini saban hari...


berbalik kepada kawan atau lawan...


aku dikatakan mempunyai geng..bukan geng bas sekolah..tp..

geng opis..haila..haila..aku kenapa aku tak gembira???...kenapa aku terasa terbeban dan kenapa aku terasa seolah-olah pipi tersorong-sorong sedangkan org tak sudi???...kenapa aku rasakan kepura-puraan???...aku tertanya.. 

bila cerita punya cerita, bila ungkai punya ungkai...satu jawapan yg pasti...
aku tertipu...aku bukanlaa termasuk dalam geng itu tp sifatku yang tak tahu malu membuatkan aku dlm geng itu..jd apa yg aku buat..


keluar...bukan bermaksud tidak berkawan tp jarakkanlahh..jarakkanlaa apa yg meraka tahu diri ini.. percaya tak kalau aku kata seorang pun antara geng tidak tahu menahu kewujudan blog ini dan aku aku berani bet depa takmau ambil pedulik pun...

tp aku gembira...jdkan blog ini diari yang dipertontonkan..percaya tak barangsiapa yang membaca blog ini, tinta nukilan hatiku ini maka mereka secara tidak langsung akan mengenali siapa aku...huhuhuhu....percayala...


OK...pada masa yang sama.. aku bersyukur.

Bersyukur sesungguhnya Allah nak tunjukkan siapa kawan dan siapa lawan dan juga siapa kenalan...jauh di sudut hati aku lagi..(haii banyak sungguh sudut hati aku  nii, hapalaa)


aku berterima kasih kepada mereka semua..
mereka adalah kenalanku..kenalan yg sangat aku hormati..kerana menerima diri ini walaupun terpaksa.. 

mula-mula aku menangis meratapi tp aku terlupa jauh di luar ramai lagi yg mahu menjadi kawanku dan bukan sekadar kenalan.. 

aku harus keluar mencari dimanakah kawan...

erti sebuah persahabatan yg sebenarnya...dan kemudian aku terlupa bahawa aku sebenarnya ramai kawan...

siapa?...terima kasih kepada asmarian (jai..yeya, wawa...huhu...ros...isk nak senarai panjang benor..hanya fb jd jambatan persahabatan kita no)).... 

bila difikirkan balik hanya asmarian yg menganali diri aku.. yer laa selama lima tahun kan bersama di sekolah memang laa akan kenal kan.. 

Opssssssssss...dan terima kasih kepada all my university friends..haila..haila...mereka pun mengenaliku..rindunya saat sekolah saat di universiti..(ani...kak nadia...kak sha...dan yg paling aku ridu dan telah lost contact ros...menangis aku ros..ke mana hang menghilang?? :( ramai rindukan hang ros...

merekalaa kawan aku.. di sini.. di opis.. aku punya kawan jugak..tp ada antara meraka adalah kenalan yg mungkin akan mengetawakan aku kiranya aku terjatuh..nama pun politik pejabat kan..menakutkan..sangat menakutkan..


aku doa biarlahhh aku jauh dari musibah...dan aku tak mahu cari musuh..biarlahh mereka kekal sebagai kenalan dan bukan terus menjadi lawan..


maafkan aku andai aku punca semua ini berlaku..dan memang pun....sebab kalau tak ada angin masakan pokok bergoyong, kalau tak ada sebab masakan org membenci cuma aku bosan kerana asyik2 aku jaa kena jaga hati org tp hati aku..sapa nak jaga...

hanya suamiku sajalaa kot...heheheh..yer laa..kalu tak..abang kena tidur luar..hehehehe


akhirnya aku bangkit dari satu minggu yg sangat panjang... merujuk kepada minggu lepas di saat tercetus semula blog  ini..dan 


aku menjadi diri aku semula.. doa dan pintaku lagi...


"Ya Allah..tunjukkan aku jalan yang paling baik..dan aku bersyukur ke hadratMu pada masa yang sama Engkau kurniakan aku seorang lelaki yang sentiasa berada di belakangku saat aku memerlukan"..dan

doaku lagi..

"Ya Allah kurnikan aku kawan-kawan yg menunjukkan aku jalan yg betul..kawan-kawan yang menyedarkanku tatkala aku dalam kekhilafan dan kawan-kawan yg menyokongku saat aku jatuh"

apapun, doa harus diiringi dengan usaha..jadi

Chaiyokkk...bangkit, perbaiki diri dan sebelum meminta dikurniakan seorang kawan aka sahabat..aku harus menjadi kawan aka sahabat kepada org lain juga...dan aku ingat, aku sedar.. patah tumbuh hilang berganti...dan aku dah dapat pun beberapa nama yg aku akan jdkan sahabat aku..siapa ya?..........heeeeeeeee...beberapa nama dan kalau boleh semua yer batch 2/2010..aci tak?

Thursday, December 23, 2010

Suatu ketika dahulu

Suatu ketika dahulu, ada seorang penulis dalam satu forum..dikenali sebagai isif....mula berjinak-jinak dalam cari.com..lama-kelamaan penulis ini terus cuba menitip ilham di alam maya..alhamdulillah nukilannya diterima.

lama kelamaan, isif mula menyepi, tanpa ribut tanpa taufan.. ramai yg tercari ke mana menghilangnya isif...

isif terpaksa pergi hilang tanpa khabar berita..hasil nukilan terakhirnya berjudul ??? terhenti..kehabisan idea..

mungkin ramai yang akan sedih...tp sebenarnya isif terpaksa pergi..pergi membawa dan melenyapkan identiti diri...

kalu rindu isif, isif ada di sini..isif adalah aku ..

sahabatku nazurah telah selamat menjadi penulis...alhamdulillah..naz aku sangat gembira.. tahniah..

julie dan thah, maafkan isif.. isif bukan sombong tp isif terpaksa menghilang..bulan..kak bulan..isif rindu kak bulan..

suatu ketika dulu, isif ramai peminat..peminat maafkan isif..mengantung kisah cinta akmal dan aishah mcm tuh sahaja...isif telah hilang idea..tetapi pengakhiran kisah cinta mereka tetap happy ending..sorry naa..

"setiap detik" karya isif yang mendapat sambutan...

setiap detik membawa makna dalam hidup isif...kini isif hanyalaa nama penaku dan hakikatnya isif menjadi imah pakya, nama sebenarku..

hidup mesti diteruskan, imah pakya tak boleh hidup berdasarkan bayangan..imah pakya kena melangkah..melangkah terus tanpa menoleh belakang..imah pakya tak keseorangan melangkah, sakuragi dan tiga ultra menemani setiap langkah..alhamdulillah..jalan terus tanpa menoleh lagi...

Apapun, terima kasih kepada "suatu ketika dahulu'.....saat memori terindah dan menjadi bayang masa lampau imah pakya...

pelangi

a'hah.. dah siap create blog..huhuhu..diari yang dipertontonkan..

Agak-agak ada tak yg nak baca? tp tak kisah, buat untuk diri sendiri...

Sedikit latar belakang, anak sulung dari empat beradik, isteri kenapa seorang suami yang sangat suka bestball dan ibu kepada 3 ultraman..usia?..going to 30 next month..ngee aku dah tua...hobi, mengelamun diri heroin novel..hahahah nope..i love reading..really love reading especially malay novel.. cik abang kata aku suka berangan tuh yg suka novel...huhuhu.. takper bang dah hobi sejak azali...


ok back to first chapter.. pelangi..

hidup ini ibarat pelangi...hanya muncul selepas hujan...cuaca yang cerah, mentari yang menyinari tak mungkin membuatkan pelangi muncul...

aku ibarat pelangi.. setelah hujan baru pelangi muncul...dulu aku sering bertanya kenapa saat aku dambakan mentari, hujan turun di tengah jalan.. tp aku tak sedar sebenarnya Allah nak tunjukkan aku pelangi.

lama kelamaan aku ingin menjadi pelangi...dan aku tak sedar aku adalah pelangi..hanya aku yang perlu corak warna-warnyanya..kalau ku pilih kelabu, huduhlaa pelangi 


aku bangkit selepas hujan, aku bangkit dan menjadi pelangi...alhamdulillah aku menjadi pelangi

Hehe..kalau ada pembaca, mesti tak pahamkan..kejap bahasa yang basah bersantai, sekejap bahasa jiwang..well that's me...luaran basah bersantai dalam jiwang..


sejak kebelakangan nih,hidup aku dilanda ribut..ribut taufan yang mampu membuatkan aku roboh..tp aku ada tiang bergantung iaitu matahari..sang matahari..matahari itu muncul selepas ribut melanda dan hujan berhenti lalu aku menjadi pelangi


hehehe.. siapa ribut? siapa matahari?..matahari tuh my 'big teddy bear" laaa, ala yang jd bantal peluk aku tuh..sangat besar, bukan setakat bantal peluk aku sorang tp bantal peluk bagi 3 baby bear yang lain..boleh agak kan?...dialaa matahari aku.. (sure bangga sangat kalau my big bear baca ni..tp dia tau ker aku ada blog..huhuhu..syuh rahsia ek except kalau dia terjumpa..heheheh)


sambung..next time..nih percubaan baru tau..