Dipeluk erat, bagaikan tidak mahu lepas lagi..sahabat yang menemani selama enam semester itu dipandang sayu. Sekejap saja, pejam celik pejam celik dah sampai penghujung tp org kata persahabatan ini dibawa sampai ke mati. Doa aisyah dalam hati.
"kiranya hang tak balik kg laa nih syah?..hang dok mana?"
"aku dah cari kerja sambil2 nak tunggu konvo nih, kita konvo pun lagi lima bulan kan. Kat kg aku sapa laa yg tinggal, aku nih sebatang kara.Ada kakak yg sorang tuh pun mcm takdak. Barang2 yang tak perlu aku dah buang, yg mana sayang aku dah hantaq balik rumah arwah nenek aku.Nasib baiklaa ada rumah tu" aisyah menjawab perlahan.
"rumah nenek sapa dok?"
"takdak sapa lia..hang senang-senang jenguklaa na"
alia menggangguk...bukan jauh pun rumah arwah nenek piah..sepelaung dr rumah saja. Bukan tidak diajak aisyah balik, tp gadis itu perlu akur. Bila difikirkan balik, alia berasa beruntung dilahirkan sebagai anak tok penghulu.
"apa-apa hang habaq mai tau..telefon cepat-cepat" pak Berahim aka tok penghulu menyampuk.
"walaupun hang dok kata hang sebatang kara, tp hang tetap bawah tanggungjawab aku"
"terima kasih " terharu.
Insan di depan ini banyak membantu, dari segi yuran sehinggalah ke duit belanja, dilayan aisyah sama seperti alia. Cukup-cukuplaa tuh aisyah menyusahkan. Dah tiba masa berdikari
*****
"abang..kita jenguk aisyah nak..kalau tak salah mila, hari nih hari terakhir dia di UKM" ditenung suaminya Borhan.
"abang dah kata, biarkan dia berdikari. Sampai bila awak nak jaga perihal dia. Bukan budak kecik pun.." dengus Borhan.
Menyusahkan..sudahkan kakaknya perlu dibela, adiknya pun aku kena bela. Mau botak kepala aku...
"aisyah takder sesapa bang.."ditahan sendu dalam hati. Hanya itu adiknya yang sorang..
"you keluar dari rumah nih, i anggap you bukan isteri i lagi"
"abang...." mila terus berlalu..
maafkan akak dik..bukan akak mahu menyisihkan aisyah tp akak pun menumpang hidup org.
Berkali-kali dia menyesali perkahwinan ini. Disangka panas hingga ke patang, rupanya ribut taufan melanda tak henti-henti.
*******
"terima kasih kak mona..terima aisyah.."
"alahai aisyah apala sangat..aisyah betul nih pagi jd guru tadika, tgh hari jadi guru taska..penat tuh dik.."
"takpa kak..lagipun aisyah tinggal kat nurseri nih pun..apalaa sangat..habis tadika nanti bosan pulak...lgpun ramai budak transit kan.."
Puan mona merenung anak gadis di depan ini. Tabah, Cekal, Baik Hati dan juga manis...bersyukur dia..dipertemukan dengan aisyah bagaikan satu rahmat.
"kak..ada kerja kosong tak di sini?"
"ada dik...kami perlukan guru tadika ..."
"saya boleh kak.."
"sekejap yer..akak panggilkan pengetua" berlalu meninggalkan gadis berbaju kurung berbunga kecil sebentar
"yer dik..saya mona..boleh panggil kak mona.. lisa cakap adik nak jd guru tadika kan?"
aisyah mengangguk..ya saya kak...saya sebenarnya graduan UKM, baru habis pengajian. Saya akan konvo lagi lima bulan..sambil tuh saya perlukan pekerjaan. aisyah terus bercerita...perihal diri ..tanpa sedar...satu demi satu diungkaikan..terdesak benar memerlukan pekerjaan ini.
Mona merenung kesungguhan gadis ini. Tabah..dilihat gadis ini penuh keikhlasan dan kejujuran..tersentuh diri bila tahu anak yatim piatu di hadapannya. Tak kenal erti kalah. Aisyah diterima..apala sangat..lgpun Taman Mawardah pun perlukan guru..win win situation...
********
"mia tanak papa...mia tanak duduk sekolah..please papa" lincah anak gadis yang berumur 5 tahun nih membentak..
"bibik kan ada..mia belajar dengan bibik saja laa.." ngomel lagi...
"dear, mia dah lima tahun..kena masuk tadika..nanti mia tak pandai.."pujuk lagi
"papakan ada..papakan cikgu..'
'kalau mia nak papa ajar..mia kena masuk universiti dulu..papa hanya ajar big girl only..'
"ala....papa mia tanak..'
"miaaaaaaaaaaaaaaaa....tak sayang papa" aiman terus memujuk. Mia anak tunggal ini amat degil ..sedegil seperti Sofea..Sofea..kalaulaa Sofea ada..
"pia tanak bang...pia tanak berhenti kerja"
"pia..abang mampulaa sayang..abang mampu jaga pia, sara pia...pia duduk rumah saja ..abang mampu gajikan bibik tuh..pia jadi mem..nanti baby nak lahir, pia boleh didik baby.."
'abang tak faham kaa..pia tanak..pia tanak duduk di rumah..mcm katak bawah tempurung"
tergelak aiman..katak bawah tempurung?...
"sayang...katak bawah tempurung tuh lain.. rumah kita nih ada tv. ada internet..pia bukan kena kurung sayang..pia nak keluar kaa nak ke mana-mana pun boleh..kereta kan ada.." tawa aiman lagik...katak di bawah tempurung..
'sayang tak faham, pia tanak terkongkong..'luahnya lagi..
"sayang..i tak pernah kongkong u! you nak ke mana-mana kereta u kan ada..i tak nampak masalah sayang.. i nak u rehat, u dah laa kenderaan berat sekarang!" pujuk lagi, kelat wajah isterinya ini. sesekali sang isteri menghentakkan kaki tanpa protes...sebijik macam budak kecil.
"pia kata pia tanak.." terus berlalu...benci..lelaki nih memang tak memahami..sakit hati
'papa..papa..tgk penat tau mia cakap..papa tak dengar.." jerit mia...sakintnya hati ..tanpa ulasan..mia terus berlalu..benci..papa nih memang tidak memahami..sakit hati
terkebil-kebil aiman..mia memang mirip sofea..saling tak ubah..mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi.. Cara muncung mulut, cara merajuk..dan kadang-kadang cara berjalan pun saling tak tumpah..iras muka jgn disebut...sama..semua sama...
aiman merindu...
Sofea..abang rindukan Sofea..maafkan abang sayang...
****
No comments:
Post a Comment